**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Wednesday, February 25, 2009

"KETUANAN MELAYU = RAJA-RAJA MELAYU" "KETUANAN RAKYAT = REPUBLIK?"

Isu mencabar institusi Raja-Raja Melayu ekoran polemik politik yang melanda negeri Perak semakin jelas matlamat sebenarnya. Jika Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, kini anaknya Gobind Singh Deo yang merupakan Ahli Parlimen Puchong pula mencadangkan agar Perdana Menteri dipilih secara langsung oleh rakyat.

Termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri adalah terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuashati bahawa seseorang Ahli Dewan Rakyat tersebut memperolehi sokongan majoriti di dewan itu.

Cadangan itu yang dibuat melalui soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendapat reaksi keras daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan cadangan Gobind itu mengesahkan bahawa pembangkang memang memperjuangkan ketuanan rakyat.

“Dia kata saya menghasut sebenarnya soalan dia yang menghasut kerana dalam perlembagaan kita perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, maka cadangan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat itu sebenarnya hendak mengalihkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu saya kata mereka ini memperjuangkan ketunanan rakyat".
"Kita kata ketuanan Melayu bukan kerana Melayu itu lebih besar daripada Cina dan India tetapi kerana ketuanan Raja-Raja Melayu yang telah memerintah di tanah ini lebih daripada lebih 100 tahun yang lalu dan telah membentuk ketamadunan".

"Jadi yang dia sakit hati pasal apa kerana soalan dia yang meyakitkan hati sebenarnya," kata Nazri.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kekecohan yang berlaku dalam sidang Dewan Rakyat ekoran soalan Gobind yang membawa kepada beliau menyifatkan pembangkang memperjuangkan ketuanan rakyat.

Beberapa Ahli Dewan Rakyat telah membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyifatkan Nazri menghasut. “Apakah ketuanan rakyat bermakna mereka mahu kepada sistem republik,” tanya Nazri.

Malah menjawab tuduhan bahawa beliau menghasut, Nazri berkata “dia yang menghasut kerana dia hendak menghapuskan hak Agong dalam soal perlantikan Perdana Menteri . Dia yang mahu mengalihkan kuasa melantik Perdana Menteri daripada Agong kepada rakyat.

Dia yang sebenarnya menghasut, jadi tak salah saya kata dia perjuangkan ketuanan rakyat”. Dengan itu jelasnya, Gobind tidak boleh mendakwa beliau membuat hasutan kerana sebenarnya dialah yang menyakitkan hati rakyat.

~Agendadaily

2 comments:

Aspirasi said...

Saya lebih suka panggil Pakatan Rakyat sebagai Malayan Union alaf baru lebih tepat dan difahami maknanya dari konteks sejarah kerana perjaungan mereka serupa untuk samaratakan hak melayu dan Islam

Tai said...

Ya, memang dan sememangnya mereka ini memperjuangkan ketuanan rakyat. mereka nak hapuskan raja dan sultan di Malaysia.