Jimadie Shah Othman
Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak akan menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
Hari ini, Jamaluddin dan Osman dilaporkan telah keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Seorang Adun PKR memberitahu Malaysiakini, pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu. Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini.
~Malaysiakini
Adakah kemungkinan MB Perak akan membubarkan DUN?

1 comment:
Mahunya tak tergempar. Habis segala ilmu perang akan digunakan, habis semua fitnah akan ditabur, habis semua peluru dan bom akan diguakan asalkan matlamat bertahan di Perak terus berada di tangan Pakatan Rakyat.
Post a Comment