Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN mempunyai cukup jumlah ADUN untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.
Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin. Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.
Sementara itu di Ipoh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak jadi dibubarkan hari ini selepas menghadap Sultan di Istana Kinta sebentar tadi.

2 comments:
Salam semua,
Ingatkan nak kena berkampung kat Perak pulak....tapi alhamdulillah semua dah selesai.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
tahniah semua..
Perak kembali kepada BN..
Harap semua bersyukur dan mendoakan tidak ada lagi sejarah pahit 11 bulan bawah PR kembali di mana mana negeri.
Salam...
Post a Comment