**BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....BARISAN NASIONAL - UNTUK KESEJAHTERAAN BAGAN PINANG.....


DAP.....PILIHAN BIJAK

LEE KUAN YEW.....BAGUS

Friday, February 27, 2009

SIVAKUMAR MASIH BERMAIN DENGAN API

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

KEMASKINI!!!~ Sidang tergempar DUN Perak ini diberitakan tidak mendapat perkenan Ke Bawah Duli Sultan Perak. Semua ADUN BN dilaporkan akan memboikot sidang tersebut.

KEMASKINI!!!~ POWER IS CORRUPT, Absolute power will corrupt absolutely. Apa yang dilakukan oleh Sivakumar Speaker DAP di DUN Perak adalah corruption. Abuse of power tu corruption lah.
Sivakumar salah gunakuasa kerana dia membuat keputusan bahawa tiga orang Adun telah meletakkan jawatan. Sedangkan ketiga-tiga Adun itu telah menafikannya.

Tuanku Sultan Perak sendiri telah membuat 'inquiry' dalam hal ini dan membuat keputusan yang mereka tidak meletakkan jawatan. Namun Siva sangat besar kepala. Dia fikir kuasa dia sebagai speaker lebih besar dari kuasa Sultan.

Sivakumar menyalahgunakan kuasa yang kedua apabila dia menggantung 7 orang keanggotan Adun Perak termasuk MB Dr Zamry Kadir. Siva tak ikut Peraturan Tetap Sidang Dewan dengan membuat keputusan itu diluar sidang dewan. Dia tidak boleh gantung Anggota Dewan tanpa sidang Dewan. Itu basic rule.

Siva juga telah mencabar institusi Raja Melayu apabila dia menggantung keanggotaan Dr Zamry, orang yang Tuanku perkenan sebagai MB yang baru yang sah.

Sivakumar melaksanakan kuasanya dalam kedua-dua perkara ini secara bad faith. Hasrat Siva adalah hendak menggurangkan bilangan sokongan BN di Dun Perak secara penggantungan keahlian.

Yang terbaru Siva panggil Sidang DUN secara tergesa-gesa. Tindakan Siva ini telah menimbulkan rasa resah dan gelisah di kalangan rakyat Negeri Perak. Resah gelisah ini boleh menggangu ketenterman awam. Ini boleh mengancam keselamatan dalam negeri.

Ada beberapa pilihan yang ada pada Dr Zamry sebagai Menteri Besar. Pilihan yang terbaik adalah untuk memohon injunksi di mahkamah untuk menghalang sidang DUN dari diadakan. Asas permohonan adalah untuk mahkamah putuskan mengenai kedudukan Ahli Dewan yang digantung oleh Siva.

Next step adalah untuk Dr Zamry 'remove' Speaker yang salah gunakan kuasa dan yang tidak bertanggungjawab ini.

Dr Zamry berhadapan dengan kengkagan masa. Cuma pesan saya naik lah pesawat kebangsaan MAS, yang pasti pesawat ini tidak akan 'delay' berbanding dengan pesawat yang satu lagi.

~www.warisan2057.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Inilah yang sepatutnya dibuat oleh Nizar dan speaker tempohari iaitu memanggil sidang DUN khas dan buat undian. Tapi, malangnya Si Nizar takut dan terus ambil jln pintas iaitu jumpa Sultan nak bubar DUN.
Malang sungguh nasib si Nizar, bila Sultan kata kenapa nak bubar ADUN? Jumlah yg menyokong BN memang jelas dan bukannya 28 Vs 28. Akibatnya, beliau telah diarahkan untuk meletak jawatan. Sekarang baru si Nizar menyesal.
Bila dah berlaku semua ni, baru nak buat sidang khas. DAH TERLAMBAT !!!!

blogresipi.com said...

Diharapkan Pemuda UMNO Perak dapat memastikan MB Zambry, Barisan Exco dan 3 ADUN Bebas dapat memasuki Dewan Undangan Negeri dengan selamat pada 3 Mac ini.

ROSHATIKA said...

Sasha2020,

Bukankah perbuatan ini boleh dikatakan menderhaka kepada Sultan Perak?

Rakyat boleh menilai sendiri.

Cheguman said...

betapa kurang ajarnya Siva. Malah kenyataan mediapun tidak dibuat dalam bahasa Melayu.

*kurang ajar bermakna ibu bapa beliau tidak pandai mengajar.